Ramai yang menafsirkan bahagia itu bermaksud berada dalam keadaan gembira semata-mata. Pandanglah dari sudut mata hati apakah maksud sebenar bahagia ...
'Tak mengapa, asalkan aku bahagia makan banyak & sedap2 "
Apa ertinya bahagia jika,
Tanda2 penyakit sudah mula kelihatan,
Lesu & semakin malas untuk beribadah,
Baju semakin ketat,
Nak tutup aurat pun payah,
"Tak mengapa, asalkan aku bahagia memakan riba & rasuah"
Apa ertinya bahagia jika,
Memakan wang haram,
Menanggung keluarga dengan wang haram,
Membelakangkan hak orang lain keatas wang itu,
Menganiaya orang lain untuk memberi wang itu.
"Tak mengapa, asalkan aku bahagia merokok "
Apa ertinya bahagia jika,
Sengaja mencari kemurkaan Allah.
Sengaja memudaratkan kesihatan diri,
Membakar & membazir wang,
Menganiaya orang sekeliling,
Hidup menyusahkan orang,
Menafikan hak wang itu untuk tanggungan keluarga,
"Tak mengapa, asalkan aku bahagia bercinta sebelum berkahwin "
Apa ertinya bahagia jika,
Sengaja mendekati jalan2 zina,
Hidup sentiasa dalam kemurkaan Allah,
Mencampakkan diri ke lembah dosa,
Tidak setia mencintai Allah s.w.t,
Membelakangkan hak wali ,
Hanya mengenali lakonan pasangan semata-mata,
Mengikis kemanisan cinta yang sebenar sebelum pasangan menjadi hak ke atas kita,
Menyeksa perasaan sehingga sanggup membelakangkan syariat.
Banyak lagi istilah 'Tak mengapa, asalkan aku bahagia (melakukan perkara mungkar) ",
Bahagia itu semua hanyalah bahagia nafsu semata-mata,
Sedangkan jauh di sudut mata hati sentiasa tidak merasa nikmat bahagia.
Peraturan Islam diturunkan untuk membahagiakan kita,
Hakikatnya, masih ramai yang buta dengan erti sebenar bahagia.
Definisi saya yang lemah ini,
Hakikatnya bahagia adalah sesuatu yang memberi manfaat dunia akhirat kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
Thursday, August 30, 2012
Wednesday, August 15, 2012
Demi RedhaNya
Jiwa ini pernah kuat dan juga pernah lemah memperjuangkan pegangan, demi redhaNya dan juga redha Ibu Bapa
Ketika jiwa kuat, segala rintangan terasa mudah. Mungkin kerana masih tidak banyak cabaran. Terasa sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga & sahabat2 yang mempunyai satu fikrah.
Namun, ketika jiwa mulai lemah, semakin banyak pula cabaran yang mendatang. Keluarga sudah jauh dan jiwa ini perlu menghadapi pelbagai jenis ragam manusia yang aneh2 belaka. Pada saat itulah,
Hadirnya suatu cabaran yang amat besar. Sehingga mampu menggoncang hati yang utuh menjaga pegangan hidup.Pernah jiwa tergelincir sebentar, hanya kerana lemahnya hati untuk menjaga pegangan.
Namun, atas rahmat & kasih sayang dariNya,
Hati ini mula menyedari ...antara redha atau murka dariNya
Hati ini memilih untuk kembali mendapatkan redhaNya
Perlahan2 menjauhkan diri dari cabaran itu.
Hati ini memilih untuk kembali mendapatkan redhaNya
Perlahan2 menjauhkan diri dari cabaran itu.
Demi redhaNya,
Jiwa ini pernah berasa terasa kehilangan yang amat besar dalam hidup. Ya memang benar kata orang,
Apabila hati sudah terikat dengan sesuatu , melepaskannya adalah bukan sesuatu yang mudah.
Selama beberapa tempoh, jiwa ini menyepikan diri,
kecewa,
putus asa,
sakit,
Meratapi sebuah kehilangan.
Demi mengejar redhaNya.
Perlahan2 jiwa ini bangkit semula,
Kekuatan dibina semakin kukuh,
Hati cuba untuk menerima hakikat,
Untuk mencapai redhaNya adalah tidak semudah yang disangka.
Seperti kisah Nabi Yusuf a.s ketika digoda Zulaikha
Kemudian memilih untuk menolak godaan tersebut,
Kemudian Nabi Yusuf dipenjarakan untuk tempoh yang lama,
Akhirnya DIA memberikan nikmat yang amat besar kepada Nabi Yusuf.
Akhirnya DIA memberikan nikmat yang amat besar kepada Nabi Yusuf.
Semuanya atas dasar untuk mendapat keredhaanNya.
Pengajaran :
Biarlah kesusahan menjadi pilihan jika itu menjadi perkara yang diredhai Allah swt ,
lebih baik daripada hidup dalam kesenangan tetapi mendapat murka Allah.
Natijahnya pasti Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengan kesusahan itu,
Jika bukan di sini (dunia) mungkin di sana (akhirat) ...
Sunday, April 15, 2012
Ujian Hati
(sumber: pakcik google)
“Ujian perasaan itu lebih menyakitkan berbanding ujian fizikal.”
(copy+paste dari sumber internet)
Ya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa kenyataan di atas adalah sangat2 benar.
Apabila Allah
menguji sesorang hamba dengan ujian hati dan perasaan ,
Hanya tuan
empunya badan sendiri yang mengetahui betapa peritnya untuk menghadapi ujian
tersebut.
Tanpa iman,
sudah tentu hambaNya akan tewas dengan godaan & hasutan syaitan.
Salahkah aku
kerana ingin menjaga hatiNya?
Salahkah
aku kerana ingin menjaga syariatNya?
Salahkah
aku kerana bertegas untuk menjaga hati keranaNya?
Salahkah aku kerana menjarakkan diri atas sebab takutkan Allah?
Salahkah aku kerana meraikan fitrah ini dengan cara takutkan Allah?
Ya Allah,
Engkau amat
memahami jiwa hambaMu,
Yang mempunyai
fitrah hati
Yang boleh membawa kepada kebinasaan
Tanpa panduanMu,
Yang boleh membawa kepada kebinasaan
Tanpa panduanMu,
Aku seorang hamba yang lemah
dan mudah tergoda dengan hasutan syaitan,
dan mudah tergoda dengan hasutan syaitan,
Berikanlah hambaMu ini peluang
Untuk meraikan fitrah ini secara terhormat,
Untuk meraikan fitrah ini secara terhormat,
Tanpa panduan serta petunjuk dari Mu,
Fitrah ini akan menjadi fitnah buat diri hambaMu ini,
Fitrah ini akan menjadi fitnah buat diri hambaMu ini,
Oleh itu,
Ku mohon panduan & petunjuk yang terbaik daripadaMu, Ya Allah.
Ku mohon panduan & petunjuk yang terbaik daripadaMu, Ya Allah.
Ya Allah,
Perkenankanlah
doaku, perkenankanlah doaku, perkenankanlah doaku.
Amin Ya
Rabbal Alamin…
Tuesday, September 13, 2011
Hati
![]() |
| Sumber: Koleksi peribadi |
Disaat cuba memberikan yang terbaik,
Semakin banyak kejian, kutukan, dan cacian yang dibalas.
Ya Allah,
Adakah ini balasan terhadap dosa-dosa yang lalu?
Atau,
Adakah ini ujian dunia yang perlu dihadapi?
Bukan ganjaran ataupun balasan yang dipinta,
Tetapi,
Sekurang-kurangnya belajarlah menghargai susah payah
seseorang,
Hati hanya mampu menangis kerana kesakitan yang mendalam.
Ya Allah,
Jika ini adalah balasan kerana dosa-dosa yang lalu,
Ampunkanlah dosa-dosa tersebut.
Ya Allah,
Jika ini adalah ujian di dunia,
Tabahkanlah hati untuk menghadapi ujian ini.
Hati berkata,
“Kita selalu fikir tentang orang lain,
tetapi adakah orang lain fikir tentang kita?”
tetapi adakah orang lain fikir tentang kita?”
Astargfirullah Hal Azim, tidak sepatutnya hati berkata
begitu,
Tetapi hati sudah tidak tahan,
Hati semakin nekad untuk tidak memikirkan orang lain,
Hati seringkali berkata,
“Kita selalu fikir tentang orang lain,
tetapi adakah orang lain fikir tentang kita?”
tetapi adakah orang lain fikir tentang kita?”
Hari demi hari berlalu,
Semakin banyak hati-hati yang lain sakit,
Kerana mulut yang terlalu pentingkan diri.
Hari demi hari berlalu,
Semakin banyak menyusahkan orang,
Kerana hati yang terlalu pentingkan diri.
Ya Allah,
Bukan niat di hati untuk melakukan sedemikian,
Tetapi,
Hati terlalu sakit dan nekad.
Friday, August 19, 2011
I Miss Myself
(Image source : personal collection in my lappy)
I used to hate myself,
But now,
I'm missing it.
I used to feel useless in life,
But now,
I’m missing it.
I used to be feeling not accepted by people,
But now,
I’m missing it.
I used to be like a toy to some people,
But now,
I’m missing it.
I used to be needed when necessary,
But now,
I’m missing it.
I used to feel very jealous to some people,
But now,
I’m missing it.
I used to trying to be a good person before,
But now,
I’m missing it.
I used to trying to be myself,
But now,
I’m missing it.
I miss my own self before,
I miss my attitude before,
I miss my feeling before,
I miss my own experience,
I miss everything so much.
Now, I’m a different person,
I’m trying to love my own self,
But, I’m still missing what I used to be,
I miss myself …
written by: myself (19 August 2011 - 7.17 a.am) at Aman Jaya, Sungai Petani
p/s: sorry if there are any grammatical mistake .. plz inform me about the mistake in this post comment ya.. thank you =)
Saturday, January 29, 2011
Different
minta maaf sebab lama x blogwalking...maybe busy kot..ntah la,
insyaAllah jejak2 korang akn dibalas...(bergantung kepada mood).. =)
(Mood broken English pulak..ske hati korang la nak gelak sebab broken..but at least i'm trying ok?)
This year, I want to be a different person. It will never be the same than before this. I'm 20 years old this year.....I'm not a teenager anymore. I need to change and not be a childish person anymore. I really need spirits and supports from myself and everyone around me. Pray for me. Hopefully, all my wishes for this year will become true. Amin...Ya Rabbal Alamin...
Yes, I know that I'm week in Arabic Language. So, I need to improve my vocabulary. I'm pretty sure that all of you realize that before this post, there are 2 post about music in Arabic Language. Yes, in this month (January 2011), I keep listening to Arabic songs. I felt entertained and it made me really want to search(google) for its meaning. Because of this, I keep improving my Arabic vocab even in Ammiyah Arabic(not Fasohah). But, who cares? Right? Moreover, my younger brother is currently studying in Dentistry at Al-Azhar University,Cairo,Egypt. So, I can imagine what he always talking about and what kind of Arabic he use to communicate there.
I love English Language and like to speak in English (even in broken English) because of music too. When we get entertained from the songs, we become more interested to learn the language from the song. I'm not interested in formality such as reading books and article. How bored it is when we just sit and read.
Early in this year, I've made the biggest sacrify in my life. I never thought that I'm going to make it. But, because of my aunt always motivate and support me and Alhamdulillah ,I realized that there is little bit change in myself. Even my friends told me that I'm look different than before. And I'm happy to hear it. InsyaAllah, I will continue it and I strongly believe that ISTIQAMAH IS THE KEY TO SUCCESS.

Wednesday, December 29, 2010
Hutang Awards
Lama x jenguk blog ni, tau2 jer ada lagi award....tahun depan nk naik ke program ijazah..cuak ni...terime kasih ye kepada semua yang sudi bagi award. Ok la..satu2 ye..
Hutang tag akn dibuat entri len eak..nk kumpul segala hutang tag/award tertunggak ingat senang ke?..huhu

Tugasan Award ni:
a. berikan 1 nickname utk sayer [pemberi awrd]
t***g
why????
ketinggian kot....
b. berikan ucapan kpd pmberi awrd…
thanks tau bgi award ni..kih3..
Hutang tag akn dibuat entri len eak..nk kumpul segala hutang tag/award tertunggak ingat senang ke?..huhu
Dari Umar dan Reality2Fantasy
Dari Wifie Sayang

Award ni xde tugasan tapi tetap nk cakap,
Fiqah..ni la award yg paling cantik+menarik+tertarik da bom
mekasih ye...pandai ea edit2 gmbaq skang ni..huhu
Luv U
Dari L
Fiqah..ni la award yg paling cantik+menarik+tertarik da bom
mekasih ye...pandai ea edit2 gmbaq skang ni..huhu
Luv U
Dari L

Tugasan Award ni:
a. berikan 1 nickname utk sayer [pemberi awrd]
t***g
why????
ketinggian kot....
b. berikan ucapan kpd pmberi awrd…
thanks tau bgi award ni..kih3..
tpi ko kne blanje ak dulu la ..
just kidding...
c. listkan 6 artis/band yg korunk minat
adoi..banyak sangat2, men tulis jer la
c. listkan 6 artis/band yg korunk minat
adoi..banyak sangat2, men tulis jer la
(Compulsory)
The Black Eyed Peas
Fergie
(Current Music Mood)
Haifa Wehbe
Nancy Ajram
Kotoko
Kesha
Saturday, December 11, 2010
Selamat Hari Jadi
Inbox dari Celcom semalam, lebih kurang begini bunyinya (x ingat sangat sebab dh delete) :
"Selamat Hari Jadi. Nikmati Sms dan panggilan percuma ke num 8Pax. Pastikan anda telah mengaktifkan num 8Pax anda"
aik? birthday aku 8 Jun kenapa tiba2 Celcom bagi sms Hari Jadi lak?
oo...lupa lak, number aku ni sebenarnya pakai I/C arwah abah.....
tu yang lain macam
Monday, December 6, 2010
Kucing Peliharaan Rasulullah
Rasullullah SAW sangat menyayangi kucing malah baginda memilik seekor kucing yang dinamakannya Mueeza.
Baginda selalu mendukung kucing kesayangan Mueeza dan diletakkan serta diribakan dipahanya.
Baginda juga berpesan supaya kita menyayangi kucing peliharaan seperti mana kita menyayangi keluarga kita sendiri..Amat kejam sekiranya kita memukulnya walaupun untuk mengajarnya.
Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasullullah sukainya adalah :
'Mueeza selalu mengeow ketika mendengar azan, seolah-olah menuruti lafaz suara azan`
Ada satu ketika Rasullullah hendak mengambil jubahnya,tetapi kucing kesayangan Muezza tertidur diatasnya.Lalu baginda pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya,tanpa disedari kucingnya.
Apabila baginda pulang ke rumah, Muezza akan terus bangun serta mengeser-geserkan badan kepada baginda. Sebagai balasan, baginda pula akan mengusap dengan lembut ke badan kucingnya menyatakan kasih savangnya
Sumber :
Cats And Islam
sumber lain akan diupdate sebab terhilang~~~
![]() |
| Gambar Hiasan (sumber-encik google) |

Segmen mari masuk Senarai BlogLarian
Jeng jeng jeng...banyaknye tag masa cuti ni. Blog ini telah ditag oleh 2 blogger, Fiqasaila(Wifie) dan One Siti untuk menyertai senarai BLOGLARIAN.... ay..selama ni kite just dengar blogwalking tapi kali ni blogrunning lak? Unik sebab bley blogwalking 5 in 1! K la, ni tugasannya
1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/ - SETEL

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan) SETEL
suka baca informasi terbaru disamping dapat mengenali blogger2 lain walaupun saya hanyalah seorang stalker blog tegar. Selain tu saya dapat meng'improve' kualiti post kerana dapat tahu trend pembaca@blogger mahukan.
(ni dh lebih ni..hehe)
3) Follow Bloglarian - SETEL
4) Tag 3 orang atau lebih rakan - SETEL
nak tag spe eak..nak tag org yang selalu mai dan komen blog ni la...huhu
-Ninie
-Encik Liquid
-Kak Namie
-Kaka Tasha
-Kalam Hati
5) sila beritahu rakan yang anda Tag melalui comment- SETEL
6) Tinggalkan link post anda di comment entry ini... SETEL

Saturday, December 4, 2010
Jumpe 'kekasih hati' di MPH Bookstore, Alamanda
ceit, ayat x ley bla.... x dpt digambarkan betapa gembira + teruja dapat berjumpe ngan idola aku...sukeeee nyeeee ♥♥♥ sekurang2nya dapat la release tension kan..huhu
Kekasih hati yang dimaksudkan itu sebenarnya penulis kegemaranku, Ramlee Awang Murshid...♥♥♥
ni pun tau sebab dapat maklumat kat website kelab peminat RAM. Ada pelancaran karya baru beliau yang bertajuk Rayyan Fantasi kat MPH, Alamanda. Ape lagi, aku dan mak sedare aku pun pakat pi Alamanda. Nasib baik kitorang sampai awal. Teruja + berdebar2 hati ni (cewaaahh) dapat tengok RAM dari dekat..Alhamdulillah rezeki kami dapat amik autograf dan bergambar dengan beliau. =) ♥♥♥ Minta maaf, gambar2 blur sikit.

| Sesi autograf |
| Mosute n RAM |
| ♥♥♥ ME n RAM ♥♥♥ |
| Ramainya, nasib baik kitorang sampai awal |
| Bergambar dengan anak beliau pun jadi la |
| :P |
| Banner promosi |
♥ Kau Yang Ku Rindu ♥
♥kau lelaki paling sempurna... ♥
♥ paling baik ♥
♥ paling baik ♥
♥ paling hensem ♥
♥ paling penyayang ♥
♥ paling peramah ♥
♥ paling pemurah ♥
♥ paling sopan santun ♥
♥ paling berhikmah ♥
♥ paling amanah ♥
♥ paling pandai ♥
♥ paling memikat ♥
.
♥ paling peramah ♥
♥ paling pemurah ♥
♥ paling sopan santun ♥
♥ paling berhikmah ♥
♥ paling amanah ♥
♥ paling pandai ♥
♥ paling memikat ♥
.
.
.
.
.
.
.
.
kekurangan bagi kami menjadi kesempurnaan bagimu...
ya Rasulullah... kami rindu....
Award Lagi? =)
Thanks kepada Fiqasaila sebab sudi bagi award kat blog ni lagi, huhu..bila agak2nya nak bagi award kat korang eak? ntah la..insyaAllah saya akan bagi award kt korang...huhu
Tugasan Award ni;
Write 5 interesting things about a person who give you this award
ay,,jangan kembangbadan hidung lak ...rsenye bukan ari tu dah cakap ke? nak kene tulis kat sini gak ke?
yela2...
1-senang berkawan ngan dia
2-imaginasi tinggi ~~~
3-memahami perasaanku...
4-dia banyak cerita petua2@tips yang best2
5-kata2 kiasan yang hanya sesetengah orang jer yang faham...~~~~~
(pe bende kte ngarut ni?)
10 interesting thing about you and your hobby
(ay...ni ayat mengembangkan diri ni)
1-mudah emo..sorry klu korang tengok post blog yang emo2 yee
2-meowwww
3-mudah berdendam....
4-kidal
5-cakap cepat
6-suara high frequency
7-cepat blur....
8-rabun...tapi power spek x la tinggi sangat
9-pe lagi nak tulis?
10-yeah! dah cukup 10
Pick your most 10 recipients and describe them
adoi...nanti korang tengok kat shoutbox korang la eak..wat mse ni nak pi cari mangsa dulu..
Tugasan Award ni;
Write 5 interesting things about a person who give you this award
ay,,jangan kembang
yela2...
1-senang berkawan ngan dia
2-imaginasi tinggi ~~~
3-memahami perasaanku...
4-dia banyak cerita petua2@tips yang best2
5-kata2 kiasan yang hanya sesetengah orang jer yang faham...~~~~~
(pe bende kte ngarut ni?)
10 interesting thing about you and your hobby
(ay...ni ayat mengembangkan diri ni)
1-mudah emo..sorry klu korang tengok post blog yang emo2 yee
2-meowwww
3-mudah berdendam....
4-kidal
5-cakap cepat
6-suara high frequency
7-cepat blur....
8-rabun...tapi power spek x la tinggi sangat
9-pe lagi nak tulis?
10-yeah! dah cukup 10
Pick your most 10 recipients and describe them
adoi...nanti korang tengok kat shoutbox korang la eak..wat mse ni nak pi cari mangsa dulu..
Wednesday, December 1, 2010
Kucing Dan Komputer
Petang masa aku curik masa dari wat kerje library sekolah umi aku (escape la tu...), ntah caner aku meng'google image' keyword 'cat computer'- ada gambar ini muncul. Cumil kucing ni...
Aku pernah jadikan gambar ni sebagai profile picture kat satu social network. Tapi tu dulu2 punye citer la. Aku terfikir dari mana orang dapat gambar ni? Mesti ada cerita disebaliknya kan? Dengan gigihnya(ceit), aku berusaha untuk cari maklumat mengenai gambar yang dah tersebar ni.
Rupa-rupanya, gambar ini diambil ketika pertunjukan kucing CFA-Iams Cat Championship kat Madison Square Garden, New York, pada Oktober 2007. Nama kucing ni Maverick. Dia berumur 7 tahun masa gambar ini disnap. Cari punye cari, ada banyak lagi gambar si Maverick yang cumil ni.

Sumber:
p/s: sebenarnya masa aku tulis post kira aku escape kerja umi aku..hehe..
Sunday, November 28, 2010
Sekitar MAHA 2010
Alhamdulillah aku berjaya memaksa kakak aku untuk bagi gambar dari kamera dia masa ktorang 3 beradik pi pameran MAHA kat UPM, Serdang semalam. Adik bawah aku x join sebab berada jauh nun di Mesir. Masa kitorang pi MAHA 2008 kakak x join lak...so masa tu pun 3 org beradik gak yang pi.
Ni pun dh banyak kali filter2 n edit ckit2...halal ea kakak..huhu
Pemandu (aku la tu) yang dah berbulan x memandu + kekeringan skill berada dalam keadaan stress sebab jalan jem dan hujan. Kaki lenguh sangat2 time ni. Kereta manual la katakan.....
Pemandu semakin gila+stress sebab kakak beliau kaco dia masa tengah jem . Kitorang decide untuk parking kereta kat tepi jalan dan jalan kaki sendirik ke Pintu 2 UPM.
Besaqnye nangka...sebenarnya ada gambaq aku tengah peluk nangka tapi kalau dipublish orang x boleh bezakan aku dengan nangka
1 Malaysia = 1 Nenas...
hahahaha
baka nenas kot...aku blur....
tapi pastu kitorang ada cuba sample biskut nenas and daging yang dicampur serat nenas...
koya....hahaha
adik aku posing kat mesin pebende ntah..
yang penting untuk sawah padi..
pastu kitorang makan bubur nasi percuma kat situ..(makan lagi..haha)
bestnye tengok padi dari dekat...
even aku studi kat Kedah tapi sampai la ni x pernah tengok padi dari dekat
aku selaku photographer untuk gambaq ni nak mintak maaf sebab x reti guna kamera kakak...
sedapnyeeee,
jenis2 beras... ;D
Lepas tu kitorang pun pi Dewan pameran . Dalam 4 dewan , kitorang just sempat explore 2 dewan jer...tapi explore 1 dewan pun x puas...terlalu banyak sample makanan percuma untuk dimakan. Yela bukan selalu pun makan bende yang kita x biasa makan. Antara tester makanan yang kitorang cuba- roti beras, teh hijau, madu, air halia madu, teh herba(cendawan), coklat (yummy...) dll. Dalam banyak2 tester makanan, aku cukup berkenan kat satu coklat yang cruncy...sedap..aku pun beli untuk aku makan :P ...
Kelakar, orang pi pameran tumbuhan belila pokok ke pe..tapi ktorang beli makanan jer lebey... haha

jakun+teruja tengok ikan yang dibiakkan.

Saturday, November 27, 2010
Tag Dari Wifie Sayang
Rasanya baru jer post pasal tag dari Kaka Tasha, tau2 jer kene tag dari Wifie kesayanganku...thanks sayang...meooooww =3
Blog Tinta Pawana Bingkisan Kejora ni banyak post2 pasal tips2 ,petua2, personaliti diri dll..So kalau rajin jenguk2 la blog ni eak...huhu..sempat promot.
Tugasan tag ini:
Mak aih 25? Banyak tu? Jenuh nak taip banyak-banyak ni. Ok2 Tenangkan diri
Ready, Get Set, n go!
Blog Tinta Pawana Bingkisan Kejora ni banyak post2 pasal tips2 ,petua2, personaliti diri dll..So kalau rajin jenguk2 la blog ni eak...huhu..sempat promot.
Tugasan tag ini:
"once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you. at the end, choose 5 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you,its because i want to know more about you."
Mak aih 25? Banyak tu? Jenuh nak taip banyak-banyak ni. Ok2 Tenangkan diri
Ready, Get Set, n go!
- Suka Kucing...sesuai ngan tema blog ni ...meooowww =3
- Berketurunan Kelantan tapi x reti kecek Kelate sebab tinggal kat luar Kelantan
- Mempunyai masalah resdung yang serius sejak bulan Jun 2010
- Alergi Udang tapi suka makan udang..la ni x makan dah udang..pantang beb..
- Ay??? baru 5 ke?
- Suka window shopping ngan Wifie kesayangan, ayat keramat kitorang lepas usha2 barang kat kedai - 'JOM'...haha..belinya tidak....
- Suka minum air fresh orange
- Benci buku tebal sebab secara psikologinya lambat nak abiskan
- Suka makan...=P
- Obses (bukan obes) kat barang2 make-up (beli x pun)
- Baru 11???!!!
- Suka masak tapi buat masa ni fobia kat dapur gas.....
- Kurang suke warne PINK
- Benci misscall banyak kali dari number yang x dikenali...once aku dah tau spe orang tu, aku akan Benci orang tu sebenci2nya!
- Suka tengok video lawak2....\
- Suke dengar lagu omputih....x minat lagu melayu k....
- X suka makan cheese, kacang, durian...
- Bila nak abis ni?
- Jangan ganggu aku time nak tido! (dalam pukul 10 malam)
Masa zaman sekolah dulu pernah minat cikgu sendirik(lelaki)...haha..sebab tu markah selalu tinggi dalam subjek dia kot..bagus la..sebagai motivasi kan? :P- Suka bila ade orang take care pasal kite...huhu..meoooww =3
- Hanya berblogging bila ada mood...
- Jenuh aku fikir n taip untuk tag ni weh....
- Suka bila ada orang follow n komen blog ni..huhu
- Yang penting...saya sayang semua orang.....meoooww =3
Tag Dari Kaka Tasha
Rezeki musim cuti sem, blog ini telah ditag oleh Kaka Tasha. Korang cubalah pi jenguk2 blog dia, banyak informasi and artikel agama yg menarik...huhu..Sempat lagi promot. Thanks to Kaka Tasha...huhu...specialnye sebab Kaka tag kite sorang jer... ni hadiah dia kalau mumu jawab tag dia huhu...
Tugasan Tag:
1) Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang?
tengah pike nak jawab ape untuk soalan ni...huhu...
tengah x sabo sebab petang ni nak pi pameran MAHA kat UPM .Serdang...seronok.....
2) Apakah nama samaran anda?
mumu, meow, mumumeow, moshi2/mushi2(dulu2 ...skang dah x feymes), kak*** (untuk famili sahaja..terpaksa dirahsiakan atas kemashalatan umum)
3) Senaraikan 3 orang yg anda sayang.
huh? saya sayang semua....meooowww =3
4)Panggilan utk si dia..
sorry, I say NO to love before engagement/marriage
5)Blog mana yang paling suka di 'visit'??
mana2 blog pun ley, lagi2 blog kawan IPSAH....huhu
6)Tag pada 5 rakan blogger anda...
Aloh..malasnye nak tag....nnti aku edit balik post ni eak huhu

Friday, November 26, 2010
Peristiwa Di Dapur - Part 2 (Aku Fobia)
Tarikh: 23 November 2010
Masa : Waktu pagi, pukul berape aku x ingat.....
Musim cuti memang x sah kalau sedare mara x mai rumah. Pada tarikh ni, ada majlis konvekesyen IPG untuk program Kursus Dalam Cuti kat PICC, Putrajaya.Suami mak menakan aku merupakan salah seorang lecturer JAPIM kt IPG Kampus Perlis. Dia ditugaskan untuk uruskan bahagian sijil masa majlis berlangsung.
Pagi tu,aku tiba2 terajin untuk basuh2 n susun pinggan mangkukayun kat dapur. Masa tengah susun2 gelas, aku terdengar bunyi pelik kat dapur tu.Macam bunyi something mengering....sssssss.... . Aku ingatkan bunyi macaroni yang mengering(maybe mak sedara aku lupa nak tutup api kot). Time aku nak tutup dapur gas, aku terperasan xde api langsung. Tapi pelik, kenapa ada bunyi tersebut?
Sejurus aku pusingkan mende alah untuk tutup dapur gas tu, API yang panas, merah lagi menyala terus menyambar ke atas. .....Terkejut dan Aku terus menjerit sekuat hati dan tindakan refleksi aku untuk terus ke belakang semasa menjerit.Jantung aku berdegup dengan kencang..dup,dap,dup,dap. Tangan aku melecur sikit. Api semakin marak sebab ada rak kayu kat sebelah dapur yang terbakar tersebut.
Disebabkan suara aku ni jenis high-frequency, jadi semua sedara mara kt rumah pakat mai dapur tgk pasaipa hamba Allahyang comel ni menjerit. Nasib baik umi aku mangambil risiko terus ke dapur gas tu dan cabut penyambung tong gas dari dapur. Api pun perus terpadam...Ajaib..nape bila cabut gas baru nak terpadam api? Siasat punye siasat , rupa2nya paip dapur gas tu tercabut dari dapur. Dapur lama la katakan...dah berkurun lama n bawak dari Johor masa awal2 pindah sini. Petang tu, umi terus beli dapur baru....
Sejak dari peristiwa tersebut, aku terfobia kat dapur gas untuk beberapa hari. Alhamdulillah , sebelum aku menulis post ini (26/10/2010), aku cuba atasi fobia aku ngan memasak mende yang simple2 kat dapur baru tu. Sebenarnya, setiap kali pandang dapur, aku selalu teringat api yang menyambar masa peristiwa tersebut. Tapi aku still cuba untuk atasi perasaan fobia tersebut....
Masa : Waktu pagi, pukul berape aku x ingat.....
Musim cuti memang x sah kalau sedare mara x mai rumah. Pada tarikh ni, ada majlis konvekesyen IPG untuk program Kursus Dalam Cuti kat PICC, Putrajaya.Suami mak menakan aku merupakan salah seorang lecturer JAPIM kt IPG Kampus Perlis. Dia ditugaskan untuk uruskan bahagian sijil masa majlis berlangsung.
Pagi tu,aku tiba2 terajin untuk basuh2 n susun pinggan mangkuk
Sejurus aku pusingkan mende alah untuk tutup dapur gas tu, API yang panas, merah lagi menyala terus menyambar ke atas. .....Terkejut dan Aku terus menjerit sekuat hati dan tindakan refleksi aku untuk terus ke belakang semasa menjerit.Jantung aku berdegup dengan kencang..dup,dap,dup,dap. Tangan aku melecur sikit. Api semakin marak sebab ada rak kayu kat sebelah dapur yang terbakar tersebut.
| Api dunia pun panas tak terkata | , |
| apatah lagi api neraka kan? |
Disebabkan suara aku ni jenis high-frequency, jadi semua sedara mara kt rumah pakat mai dapur tgk pasaipa hamba Allah
Sejak dari peristiwa tersebut, aku terfobia kat dapur gas untuk beberapa hari. Alhamdulillah , sebelum aku menulis post ini (26/10/2010), aku cuba atasi fobia aku ngan memasak mende yang simple2 kat dapur baru tu. Sebenarnya, setiap kali pandang dapur, aku selalu teringat api yang menyambar masa peristiwa tersebut. Tapi aku still cuba untuk atasi perasaan fobia tersebut....
Thursday, November 25, 2010
Award From Encik Lolz
Ceit, dapat lagi award. Murah rezeki masa cuti sem kot...huhu...Thanks to encik L sebab sudi bagi award ni ea...Korang pun rajin2 la pi blog ni. Banyak informasi n kalau nak download cerita, software dll ley la jenguk2 blog encik L ni eak...(sempat promot,..hehe..nanti encik L promot blog kita skali eak hehe)
Tugasan Award ni:
1. apakah pandangan korunk sal bLog LoLz-L neyh?
unique, kelakar, berinformasi,sume entri menarik...dari 10 markah ..aku bagi 9.566 markah..huhu
2. citerkan seket pengalaman sweet korunk?
(ayt mengangkat bakul sendiri =P tak tau nak tulis pe)
Alhamdulillah,aku pernah dpt novel Ramlee Awang Murshid dari cikgu addmath sebab dpt score paling tinggi dlm subjek tu masa trial SPM...suke sgt2...ade org bagi mende yg kite suke...huhu
Rindu AddMath......
3. Apa yg korunk impikan dalam hidup?
lagi tak tau nak tulis pe..tapi pernah berangan ada orang bagi aku hadiah seekor anak kucing yang berbulu lebat+lembut sempena birthday/kahwin...sweeeettt gitu ...hahahaha..meoooww =3
4. Is it possible for you?
ntah la...ade ke yang nak bagi?
5. do you love me ?
soalan x ley bla...nak jawab pe? nanti wifie jeles.... :P

Tuesday, November 23, 2010
Peristiwa Di Dapur - Part 1
Tarikh: 21 November 2010
Masa : selepas Asar
Tempat(sebelum ke dapur) : Ruang Tamu
Aku tak dapat menahan ketawa, baca komen gambar2 kat fb tu pun lagi la aku tergelak...nenek aku berasa agak pelik sebab aku ketawa sorang2 depan laptop masa tu.
Dalam waktu nak dekat maghrib, mak sedara aku pun sampai dari Terengganu. Macam biasa la, kalau dari Terengganu memang x sah kalau x bawak balik keropok ganu kan....
Atas permintaan nenek, aku pun pi la dapur untuk goreng keropok2 yang diimport dari Terengganu tersebut . Masa kat dapur aku asyik teringat gambar2 yang aku gelakkan tu. Jadi aku x berapa fokus masa nak goreng keropok tersebut. Sambil2 menggoreng tu aku dok tergelak sorang2 sampai aku x sedar aku terlanggar tin biskut yang penutupnya longgar, jadi tin tersebut jatuh beserta isi kandungan tin tu pun berterabur di atas lantai. Aku terus tersedar dari tergelak sorang2 macam orang gila kat dapur. Aku malu sendiri (muka blushing2) dan bersihkan balik lantai tu.~~~~~~~~~kalau mak sedara aku baca post ni abis laaa....
Pengajaran: Jangan Gelakkan Orang Masa Nak Memasak kat Dapur
Masa : selepas Asar
Tempat(sebelum ke dapur) : Ruang Tamu
Masa teman nenek aku tengok tv kat ruang tamu sambil aku syok online facebook , nenek aku perasan aku asyik dok tergelak masa online. Ini gara2 aku teraccident jumpe gambar (sila buka link di tab baru)
dan
Aku tak dapat menahan ketawa, baca komen gambar2 kat fb tu pun lagi la aku tergelak...nenek aku berasa agak pelik sebab aku ketawa sorang2 depan laptop masa tu.
Dalam waktu nak dekat maghrib, mak sedara aku pun sampai dari Terengganu. Macam biasa la, kalau dari Terengganu memang x sah kalau x bawak balik keropok ganu kan....
Atas permintaan nenek, aku pun pi la dapur untuk goreng keropok2 yang diimport dari Terengganu tersebut . Masa kat dapur aku asyik teringat gambar2 yang aku gelakkan tu. Jadi aku x berapa fokus masa nak goreng keropok tersebut. Sambil2 menggoreng tu aku dok tergelak sorang2 sampai aku x sedar aku terlanggar tin biskut yang penutupnya longgar, jadi tin tersebut jatuh beserta isi kandungan tin tu pun berterabur di atas lantai. Aku terus tersedar dari tergelak sorang2 macam orang gila kat dapur. Aku malu sendiri (muka blushing2) dan bersihkan balik lantai tu.~~~~~~~~~kalau mak sedara aku baca post ni abis laaa....
Pengajaran: Jangan Gelakkan Orang Masa Nak Memasak kat Dapur
Subscribe to:
Posts (Atom)