Showing posts with label Tinta Admin. Show all posts
Showing posts with label Tinta Admin. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Perhatian Semua!!


Gambaran keserabutan kepala aku pada musim exam

 Minta maaf , bukan xmo blogging. Idea dah mencurah2 untuk blog ni. Cadangnya nak wat post tutorial lagi Cuma tak tahu nak wat tutorial ape. Maybe nak wat tutorial untuk button Facebook Share dan button Facebook Like. Tapi sebab nak focus untuk last paper 15 November ni. Sesi blogwalking pun tergendala. Maybe akan update pas cuti Raya Haji ni.Terima kasih sangat2 kepada sume sahabat, follower,pengomen, and pengunjung yang sudi jenguk blog yang x seberapa ni. Meoooww =3


Another sweet song by Enrique Iglesias - Do You Know
Enjoy the song, meooowww =3

Saturday, October 30, 2010

Pengumuman




Salam kepada semua pembaca,

Dek kerana leka mengupdate blog ini, aku terabaikan waktu studi untuk final exam yang akan bermula pada 1 November 2010. Sedar tak sedar aku lagi 2 hari jer nak exam. Studi pun macam tak studi, pantang jumpe laptop mesti nak jenguk Facebook and blog ni. Yela, dah berbulan tak update, bila ada mood nak update tula musim exam semakin hampir. Leka sungguh. Hampir setiap Sem begini. Konon nak studi time study week tapi tak studi pun. 

Selepas post ini, blog ini tidak akan diupdate dalam jangka masa yang lama (Lama tu tak tau la lama mana). Maybe lepas exam baru akan diupdate blog ini. Terima Kasih kepada semua sahabat, follower, commenter, pengunjung lain yang sudi jenguk2 blog yang tak seberapa ni. Terus terang cakap, korang semua memang best dan sporting. Tanpa korang, blog ini maybe tak tahan lama dah. Teruskan komen kat post and shoutbox. Akan dibalas kemudian hari.

Ok lah, dalam kesempatan ini , nak minta maaf banyak2 jika ada yang terguris hati, terasa hati and apa2 hati lah. Doakan kejayaan time exam. =)

Thursday, October 21, 2010

Kenapa Aku Kembali Aktif Blogging?



Kalau semua pembaca perasan, officially aku buka akaun blogger ni pada Februari 2009. Dah boring sangat lepas SPM tak tau nak buat apa, so aku buat la blog ni untuk isi masa lapang aku. Rasa cam nak tergelak bila baca balik post2 yang lama. Baik dari segi gaya penulisan, gaya penyampaian dll, nampak sangat aku x matang masa tu (ceit, macam sekarang ni matang sangat)

Kebetulan pula pada Mac 2009, abah meninggal dunia dan bulan tu jugak result SPM 2008 keluar. Jadi aku luahkan kesedihan aku dan cerita jer la ape yang terjadi bulan tu.
Dah nama pun lepasan SPM masa tu, jadi story2 aku lebih kepada gaya budak2 lepasan SPM lah contohnya;amik lessen memandu, permohonan UPU, tawaran UPU, interview IPG , tawaran ke IPSAH , ..bla bla bla

Start Julai 2009, aku banyak ceritakan life aku kt IPSAH, tapi boleh dikatakan hampir semua post masa tu mengarut sangat2. Pernah terfikir nak delete post2 mengarut tu, tapi aku decide untuk biarkan sebab THIS IS ME, AKU ADALAH AKU. Biarla orang nak ketawa pun (Kalau ada yang nak ketawakan, mai sini aku bagi penampar kt mulut korang)

Kali terakhir aku update adalah pada Februari 2010 .Pastu aku terus xde mood nak update
Aku pernah terfikir untuk terminate blog ni, tapi bila fikir2 balik, aku decide untuk biarkan sahaja tanpa update sbb blog ini menggambarkan diri aku dan terlalu banyak kenangan dalam blog ni.

Aku decide untuk aktif berblogging semula pada Oktober 2010, berdasarkan situasi berikut;
  1. Ustaz Zuki ada mintak link blog student2 Pengajian Islam IPG KSAH, tapi aku x bagi time tu sbb aku dah lama sangat x update. Yela, kalau bagi pun cam useless sebab blog ni dah kira tahap fosil masa tu. Lagi2 blog ni just banyak cerita dari fakta.
  2. Ramai sahabat2 sama course dengan aku kt IPG KSAH mula berjinak2 dalam dunia blogging.
  3. Tak kurang jugak ada yang dah lama ada blog macam aku tapi x diuar2kan sangat.
  4. Tengok kawan2 bersemangat untuk post something kt blog diorang (Lebih2 lagi yang baru buat blog)
  5. Jadi semangat aku untuk aktif berblogging kembali seperti dulu – rasa macam baru buat blog (padahal dah lama dh)

Blog ni lebih kepada cerita life aku. Ada jugak yang ilmiah tapi terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan cerita life aku. Aku kurang minat copy n paste kalau nak sampaikan something. Kalau ada pun berapa kerat sangat dan aku akan olah ikut gaya aku.

Sepanjang aku kendalikan blog yang x berapa disayangi ini, dah banyak perubahan terutama dari segi layout. Dari seburuk2 layout (yela nama pun baru explore) ke layout sekarang yang cumil (cewah!). Boleh dikatakan hampir 10 kali aku tukar layout n design blog ni.

Thursday, February 19, 2009

saya budak baru belajar



alhamdulillah
  • akhirnya saya berjaya jugak menghasilkan blog saya sendiri
  • saya baru nak belajar menjadi seorang blogger
  • oleh itu, jika ade tersalah silap harap diampunkan
  • kalau salah tolong tunjukkan
  • dah lama saya menyimpan hasrat untuk menjadi seorang blogger
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger