Saturday, October 30, 2010

Pengumuman




Salam kepada semua pembaca,

Dek kerana leka mengupdate blog ini, aku terabaikan waktu studi untuk final exam yang akan bermula pada 1 November 2010. Sedar tak sedar aku lagi 2 hari jer nak exam. Studi pun macam tak studi, pantang jumpe laptop mesti nak jenguk Facebook and blog ni. Yela, dah berbulan tak update, bila ada mood nak update tula musim exam semakin hampir. Leka sungguh. Hampir setiap Sem begini. Konon nak studi time study week tapi tak studi pun. 

Selepas post ini, blog ini tidak akan diupdate dalam jangka masa yang lama (Lama tu tak tau la lama mana). Maybe lepas exam baru akan diupdate blog ini. Terima Kasih kepada semua sahabat, follower, commenter, pengunjung lain yang sudi jenguk2 blog yang tak seberapa ni. Terus terang cakap, korang semua memang best dan sporting. Tanpa korang, blog ini maybe tak tahan lama dah. Teruskan komen kat post and shoutbox. Akan dibalas kemudian hari.

Ok lah, dalam kesempatan ini , nak minta maaf banyak2 jika ada yang terguris hati, terasa hati and apa2 hati lah. Doakan kejayaan time exam. =)

Friday, October 29, 2010

Sannah Helwa, Ninie Sayang


Surat Terbuka Kepada Nurrulaini Binti Romali

Firstly, Mumu nak mintak maaf sebab tak wish awal2. Faham2 jer la waktu tido Mumu bila. Sempena hari yang special ni, Mumu nak wish :



Semoga panjang umur and murah rezeki. May all your wishes come true. 
LOVE U, NINIE

p/s: nak Mumu bagi hadiah Coklat tak? hehe......
nanti Mumu bagi yang special khas untuk Aini Sayang ye..

Thursday, October 28, 2010

Whatever


Tadi masa aku tengah main setting2 untuk blog ni, tiba-tiba ada satu notification kat Facebook....




Eh? kakak aku bagi link kat wall aku lah....
aku pun dengan excitednye pi tengok link pebende dia bagi aku...
Rupa-rupanya.....jeng jeng jeng...


.
.
.
.


aku ingat pebende la ko dok bagi kt aku..haha..rupa-rupanya link video anak kucing yang cumil lapar mengiaw2...

Enjoy The Video...

Thanks Kakak...hehe

Tuesday, October 26, 2010

Tutorial – Solusi Bagi Masalah Printer Canon MP145


Bagi memberkati sesi tutorial pertama blog ini, marilah kita mulakan sesi pembelajaran ini dengan Ummul Kitab, Al-Fatihah. (ceit, selama ni aku banyak kali post kat blog ni xde pun nak wat gini).

Entri ini bukanlah tutorial sepenuhnya bagi semua masalah printer model ini. Entri ini lebih kepada perkongsian pengalaman aku ‘bertarung’ dengan Encik Printer kesayangan aku ni tatkala merajuk. Yela, sekurang2nya masalah kewangan aku dapat dicover balik dengan adanya Encik Printer ni,haha (hanya muslimat kelas aku yang memahami statement ini).

Printer model ini akan tunjuk kod error kt ruang LED kalau ada problem. Printer model dalam mood bersedia kalau kod dia 1.


Masalah yang pernah aku hadapi dengan printer ini (serta solutionnya);
E2-2 = Out of paper (ASF)
  • Reload kertas dalam Auto Sheet Feeder dan tekan BLACK atau COLOR.
E3-3 = Paper jam
  • Maybe tersekat, alihkan kertas, letak kertas betul2 kat printer dan tekan BLACK atau COLOR
E4 = Ink has run out
  • Jika proses printing sedang berlangsung dan korang nak teruskan print, tekan STOP/RESET selama 5 saat dengan cartridge dipasang. Proses printing boleh diteruskan walaupun ink dah nak habis. Fungsi untuk detect ink akan disabled.
E5-5 = The FINE Cartridge cannot be recognized.
  • Sebab;
  1. Cartridge tak dipasang dengan betul - Buka cartridge dari printer, pastu pasang balik. Kalau LED masih tunjuk code E5-5, buat berulang kali sampai code dia 1(bersedia)
  2. Cartridge tak compatible dengan printer - Tukar cartridge baru
  3. Limpahan ink (printer x boleh detect cip cartridge yang dicemari ink) - Cuba bersihkan lebihan ink(tapi hati2 ye sebab cip cartridge terlalu sensitif dan kene bersihkan dengan tisu atau kain khas)
E7 = FINE Cartridge is not installed in the correct position
  • (sama dengan solution E5-5)
E8 = Ink absorber is almost full
  • Tula, rajin sangat dok menyedut ink sampai tak ingat ink dah nak penuh(boleh menyebabkan limpahan)
  • Tekan BLACK atau COLOR untuk teruskan print
E15 = Ink cartridge is not installed
  • (sama dengan solution E5-5)
E16 = Ink remaining is unknown (cannot be detected)
  • Tekan STOP/RESET selama 5 saat dengan cartridge dipasang. Proses printing boleh diteruskan Fungsi untuk detect ink akan disabled.
E27 = Waste ink absorber full or platen waste ink absorber full
  • Error yang ni buat kepala aku serabut. Selepas aku google cari solution, rupa2nya kita kene Reset printer. Ini stepnya;
  1. Matikan printer(pastikan kabel power masih terpasang), tekan dan tahan tombol STOP/RESET lalu tekan dan tahan tombol ON/OFF dan lepas STOP/RESET,
  2. kemudian tekan tombol STOP/RESET 2x
  3. Lepaskan kedua-dua tombol, sekarang printer dalam posisi SERVICE MODE (pada LED printer muncul angka"0")
  4. Setelah lampu ON/OFF berwarna hijau, tekan tombol STOP/RESET 4x (Waste ink counter reset)
  5. Matikan printer dan cabut kabel POWER.
  6. Hidupkan kembali printer
Jika masalah printer masih berlarutan, sila sediakan beberapa helai duit untuk membaiki printer di kedai.
padanla adik bongsu aku x setuju aku beli printer ni dulu,
too complicated untuk solve prob printer model ni

p/s: First time aku post entri sebegini. Minta maaf kalau ade salah silap. Insya-Allah selepas ini ada banyak lagi tutorial perkongsian ilmu dari aku. Nantikan… :DD

Terima Kasih , Ika


Surat Terbuka Kepada Ika - sila lawat atikanatasha

Dah 10 bulan berlalu baru mumu nak ucap terima kasih sebab sudi post kt blog Ika pasal kucing tu (meowwWw) . Tenkiu sangat2..sorry Mumu x komen time tu sebab masa tu kte xde mood nk jenguk blog dan komen blog2 kawan2. Sorry sangat2. Mumu tak tau nak balas ape. Teharu sangat2 Ika post blog khas untuk Mumu time tu. Cumil n sweet sgt2 gambar kucing2 tu. Disebabkan ika bagi kte gambar kucing, Mumu nak bagi gambar kucing gak la kat Ika.
Gambar special edit untuk Ika sayang....


Thursday, October 21, 2010

Kenapa Aku Kembali Aktif Blogging?



Kalau semua pembaca perasan, officially aku buka akaun blogger ni pada Februari 2009. Dah boring sangat lepas SPM tak tau nak buat apa, so aku buat la blog ni untuk isi masa lapang aku. Rasa cam nak tergelak bila baca balik post2 yang lama. Baik dari segi gaya penulisan, gaya penyampaian dll, nampak sangat aku x matang masa tu (ceit, macam sekarang ni matang sangat)

Kebetulan pula pada Mac 2009, abah meninggal dunia dan bulan tu jugak result SPM 2008 keluar. Jadi aku luahkan kesedihan aku dan cerita jer la ape yang terjadi bulan tu.
Dah nama pun lepasan SPM masa tu, jadi story2 aku lebih kepada gaya budak2 lepasan SPM lah contohnya;amik lessen memandu, permohonan UPU, tawaran UPU, interview IPG , tawaran ke IPSAH , ..bla bla bla

Start Julai 2009, aku banyak ceritakan life aku kt IPSAH, tapi boleh dikatakan hampir semua post masa tu mengarut sangat2. Pernah terfikir nak delete post2 mengarut tu, tapi aku decide untuk biarkan sebab THIS IS ME, AKU ADALAH AKU. Biarla orang nak ketawa pun (Kalau ada yang nak ketawakan, mai sini aku bagi penampar kt mulut korang)

Kali terakhir aku update adalah pada Februari 2010 .Pastu aku terus xde mood nak update
Aku pernah terfikir untuk terminate blog ni, tapi bila fikir2 balik, aku decide untuk biarkan sahaja tanpa update sbb blog ini menggambarkan diri aku dan terlalu banyak kenangan dalam blog ni.

Aku decide untuk aktif berblogging semula pada Oktober 2010, berdasarkan situasi berikut;
  1. Ustaz Zuki ada mintak link blog student2 Pengajian Islam IPG KSAH, tapi aku x bagi time tu sbb aku dah lama sangat x update. Yela, kalau bagi pun cam useless sebab blog ni dah kira tahap fosil masa tu. Lagi2 blog ni just banyak cerita dari fakta.
  2. Ramai sahabat2 sama course dengan aku kt IPG KSAH mula berjinak2 dalam dunia blogging.
  3. Tak kurang jugak ada yang dah lama ada blog macam aku tapi x diuar2kan sangat.
  4. Tengok kawan2 bersemangat untuk post something kt blog diorang (Lebih2 lagi yang baru buat blog)
  5. Jadi semangat aku untuk aktif berblogging kembali seperti dulu – rasa macam baru buat blog (padahal dah lama dh)

Blog ni lebih kepada cerita life aku. Ada jugak yang ilmiah tapi terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan cerita life aku. Aku kurang minat copy n paste kalau nak sampaikan something. Kalau ada pun berapa kerat sangat dan aku akan olah ikut gaya aku.

Sepanjang aku kendalikan blog yang x berapa disayangi ini, dah banyak perubahan terutama dari segi layout. Dari seburuk2 layout (yela nama pun baru explore) ke layout sekarang yang cumil (cewah!). Boleh dikatakan hampir 10 kali aku tukar layout n design blog ni.

Wednesday, October 20, 2010

Kucing Jalanan Part 3


Disebabkan kebosanan tahap melampau, aku teruskan tradisi blog ini yang lama ditinggalkan -
post koleksi gambar kucing jalanan yang aku snap sendiri.


lokasi: Taman Kajang Mulia
kucing ni lapo sangat, tetibe aku terdengar meow2 kt dapur


lokasi: Depan bilik H237(bilik aku la tu)
aku main ngan kucing ni dlm bakul sampah bilik aku



lokasi: Taman Kajang Mulia
terjumpa time memandu kt kawasan perumahan


lokasi: Rantau Panjang, Kelantan
Raya 1st


lokasi: meja studi bilik aku
kepala aku serabut, time internet tengah slow, kucing ni x abis2 merayap kat meja aku

Monday, October 18, 2010

Renungan: Peribadi Jodoh Kita


Pelik pula kalau blog yang x pernah cerita pasal jodoh/kawin/dll tiba-tiba post entri mengenai jodoh/kawin ni. Yela nanti ade yg mengata aku ni pe lak. Lagi2 aku mmg kurang minat nk ulas bab2 ni sebab terlalu banyak blog dan website yang bincangkan pasal mende2 ni. Seriously aku cepat boring baca mende2 cintan-cintun ni....

Tapi tadi time aku usha2 wall Facebook aku, aku terjumpe status sahabat ini...

Kalau kita suka bersms & call lelaki, inshALLAH kita akan dapat suami yg suka sms & call perempuan. Kalau kita suka keluar dengan lelaki, inshALLAH kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, inshALLAH kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana? ALLAH bagi pilihan walaupun ...ada konsep takdir. Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa.

-Fatimah Syarha-



Statement ini sangat2 membuat aku berfikir sejenak.... memang x dinafikan sebab Allah S.W.T berfirman,


Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
(an-Nur:26)

Kesimpulannya, peribadi kita menggambarkan peribadi bakal pasangan.


Aku x mo jodoh yang suka sms & call perempuan
Aku x mo jodoh yang suka keluar dengan perempuan
Aku nak jodoh yang suka menjaga diri
Jadi aku kene jaga diri aku dulu
Pilihan dalam tangan aku

Ok lah.. aku nak pi siapkan assignment Arab ni,dh bape kali aku tangguh. Kang aku dapat jodoh yang suka tangguh wat kerja...hik3

p/s: I feel motivated today, and I need to change my attitude from NOW (but not too drastically). Pray 4 me ;D

Sunday, October 17, 2010

Apa Khabar Orang Jauh?


Entri ini ditulis dalam format laporan berbahasa rojak, harap maklum

20 September 2010 - KLIA
Jejaka kacak ini serta rakan2nya telah selamat terbang ke Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Beliau mengambil course Bachelor of Dental Surgery di Universiti Al-Azhar,Cairo,Mesir. Tapi sayang seribu kali sayang, kakak beliau tidak berkesempatan untuk bersama-sama ahli keluarga yang lain pada hari bersejarah tersebut.

10 Oktober 2010 – (Skype) 8.49 p.m – 9.11 p.m
mumumeow: oit...
mumumeow: ak call ko ni weh..
*** Call to Amar Al-Seyf, no answer. ***
mumumeow
: wekkkkkkk
Amar Al-Seyf: lol
Amar Al-Seyf: mat tgh call mosute nih
mumumeow: tau la..
mumumeow: umi ad x tu??
Amar Al-Seyf: ade la
mumumeow: k..

Itulah kali terakhir beliau ber’skype’ dengan kakak beliau sejak meninggalkan Malaysia
selebihnya mereka berhubung melalui laman social Facebook sahaja

Saturday, October 16, 2010

Homesick


Pagi tadi aku xde kerja, so aku try la satu application kat Facebook
Application ni count balik perkataan yang aku selalu guna dalam status aku,
Ini dah kali ketiga aku try application ni.
dan resultnya adalah seperti gambar print screen di atas ye...


p/s: homesick sangat ke aku ni sampai perkataan 'Balik' adalah Most Used Words dlm status aku?

Friday, October 15, 2010

Ade orang nak jeleskan aku


Tarikh: 15 Oktober 2010
Masa : 8.14 p.m

Ada inbox mesej baru dlm phone aku yang bertulis;

Wat pe tuh.maher zain dh ada dpn mate ni..

amboi... mak su aku nak jeleskan aku la tu...kih3
kalau bukan sbb masalah kewangan aku pun join skali tgk konsert kt Shah Alam ngan mosute, kak ayu n beby
whatever la.. kim salam kat Maher Zain eak...( macam dia kenal aku lak...hak3)

Mumu asal dari mana?



Jawapan mengikut sem..
Sem 1: Johor Bahru,Johor
Sem 2: Kajang, Selangor
Sem 3: Kajang, Selangor > Presint 11, Putrajaya,WP Putrajaya (??)

Ok2... disebabkan mulutku dah berbuih citer asal usul...
boleh dikatakan 3 hari 3 malam x abis utk citer asal usul aku
Begini ceritanya...


aku dilahirkan dalam keluarga yang brketurunan KELANTAN asli+Siam(kot) (tapi x reti nk kecek Kelate, nnti akn dijelaskan)

1991- tempat lahir: KUALA LUMPUR (ah sudah...nk jelaskn lgi caner ley tetibe terlahir kt KL)
ok2..arwah abah dulu kerja kat UTM,KL n umi lak mengajar kt SMK Convent Bt Nenas time tu...
time ni ktorang duk Ampang...dlm mse yg sama abah n umi bli rumah kt Kajang (tapi bgi org sewa)

tup,tup dipendekkan cerita

1996/1997- family aku pindah JOHOR lak....sbb abah tukar tmpat kerja kt UTM,Skudai. Umi lak mengajar kt SMK Taman Tun Aminah,Skudai
Awal2 kt Johor dulu ktorang duk rumah sewa kt Taman Universiti, Skudai, JB..

1997 - akhirnye, abah n umi beli umah kat Taman Timor, Skudai, JB...ktorang duk umah tu smpai la tahun 2009 (dlm 12 tahun gak aku duk situ)
sepanjang 12 tahun ak kt sini, tadika, sekolah rendah n menengah sume kt Johor...
sepanjang tempoh tu penyewa rumah Kajang wat hal pulak dah....

tup,tup dipendekkan cerita

dah xde orang duk kt rumah Kajang...ktorang jer la yg duduk...mse ni mak menakan aku yg jaga rumah Kajang..so stiap kali cuti sekolah/hujung minggu (kalau free) ktorang akan ulang alik JB-Kajang

2007-(Julai/Ogos) Abah disahkan mengidap kanser usus

2009-(3 Mac) Abah meninggal dunia
Dah lumrah bagi seorang wanita bersedih atas pemergian suami, umi tetap berkeras nak out dari Johor (terlalu banyak kenangan dgn abah kt Johor)

1st permohonan pindah sekolah - mintak Kelantan tpi TAK DAPAT
2nd permohonan pindah sekolah - mintak Selangor, alhamdulillah dapat.

tup,tup dipendekkan cerita

2009- (Disember) lepas adik aku, Munauwar abis SPM, ktorang officially pun pindah kat rumah KAJANG (dh xde ulang alik Kajang-JB)
penat weh kemas barang nk pindah...bayangkan rumah 2 tingkat..barang pun '2 tingkat' gak. Rumah Johor tu umi aku bagi sewa kt kawan dia.

saat-saat akhir sebelum pindah
dan ini adalah kali terakhir aku
menjejakkan kaki kat Johor



2010- (Jun/Julai) permohonan umi aku untuk duduk kuaters kerajaan diluluskan. Kawasan Kajang x bape slamat. Umi nk tmpat yg selesa. Dan tempat tu adalah PRESINT 11,PUTRAJAYA, WP PUTRAJAYA. Tapi dah nama pun kuaters kerajaan, maknanya rumah kt Putrajaya umi aku sewa jer la and lepas umi pencen nanti kene pindah balik Kajang (tapi tu cerita 10 tahun lagi la..)

Maknanya sepanjang tempoh aku kt IPG KSAH masa awal Sem 3, umi, mak menakan aku, adik, and kakak aku bertungkus lumus pindahkan barang dari rumah Kajang ke Putrajaya...aku x tolong apa pun sbb x balik. Rumah Kajang bagi orang sewa lak...

tup,tup dipendekkan cerita

2010- (cuti raya) aku pun balik rumah...sampai2 jer kt rumah aku terkedu...sebab rumah sangat2 bersepah...hak3...alhamdulillah...skang ni dah nampak macam rumah sebab dah kemas....
pemandangan dari luar rumah kat Putrajaya

ok..skang ni sume dah faham?Disebabkan life aku byk kt luar Kelantan sbb tu la aku x reti kecek Kelate even abah and umi aku sememangnya orang Kelantan ..

p/s: sebenarnya kalau xde 'tup,tup dipendekkan cerita' tu rasanye 7 hari 7 malam aku x abis cerita

Thursday, October 14, 2010

Aku Jatuh CHENTA


Ku kecup ujung bumi
Ku cumbu semua malam
Ku daki semua mimpi
Ku gapai semua renungan
Ku gagahi selaksa lamunan
Ku ukur segenap urat di jantungku
Sebagai mana cinta dan keindahan menyusup di jantungku
Pernah ku tikam ribuan bayang
Pernah ku ikat jutaan rindu
Pernah kusentuh lusinan kisah
Segenapnya indah ,tapi bukan denganmu
''dan aku benar-benar telah mabuk sekarang ada di pelukmu''
Begitu rapuh untuk bertarung dengan waktu
Begitu lemah di sisimu.

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger