Thursday, October 21, 2010

Kenapa Aku Kembali Aktif Blogging?



Kalau semua pembaca perasan, officially aku buka akaun blogger ni pada Februari 2009. Dah boring sangat lepas SPM tak tau nak buat apa, so aku buat la blog ni untuk isi masa lapang aku. Rasa cam nak tergelak bila baca balik post2 yang lama. Baik dari segi gaya penulisan, gaya penyampaian dll, nampak sangat aku x matang masa tu (ceit, macam sekarang ni matang sangat)

Kebetulan pula pada Mac 2009, abah meninggal dunia dan bulan tu jugak result SPM 2008 keluar. Jadi aku luahkan kesedihan aku dan cerita jer la ape yang terjadi bulan tu.
Dah nama pun lepasan SPM masa tu, jadi story2 aku lebih kepada gaya budak2 lepasan SPM lah contohnya;amik lessen memandu, permohonan UPU, tawaran UPU, interview IPG , tawaran ke IPSAH , ..bla bla bla

Start Julai 2009, aku banyak ceritakan life aku kt IPSAH, tapi boleh dikatakan hampir semua post masa tu mengarut sangat2. Pernah terfikir nak delete post2 mengarut tu, tapi aku decide untuk biarkan sebab THIS IS ME, AKU ADALAH AKU. Biarla orang nak ketawa pun (Kalau ada yang nak ketawakan, mai sini aku bagi penampar kt mulut korang)

Kali terakhir aku update adalah pada Februari 2010 .Pastu aku terus xde mood nak update
Aku pernah terfikir untuk terminate blog ni, tapi bila fikir2 balik, aku decide untuk biarkan sahaja tanpa update sbb blog ini menggambarkan diri aku dan terlalu banyak kenangan dalam blog ni.

Aku decide untuk aktif berblogging semula pada Oktober 2010, berdasarkan situasi berikut;
  1. Ustaz Zuki ada mintak link blog student2 Pengajian Islam IPG KSAH, tapi aku x bagi time tu sbb aku dah lama sangat x update. Yela, kalau bagi pun cam useless sebab blog ni dah kira tahap fosil masa tu. Lagi2 blog ni just banyak cerita dari fakta.
  2. Ramai sahabat2 sama course dengan aku kt IPG KSAH mula berjinak2 dalam dunia blogging.
  3. Tak kurang jugak ada yang dah lama ada blog macam aku tapi x diuar2kan sangat.
  4. Tengok kawan2 bersemangat untuk post something kt blog diorang (Lebih2 lagi yang baru buat blog)
  5. Jadi semangat aku untuk aktif berblogging kembali seperti dulu – rasa macam baru buat blog (padahal dah lama dh)

Blog ni lebih kepada cerita life aku. Ada jugak yang ilmiah tapi terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan cerita life aku. Aku kurang minat copy n paste kalau nak sampaikan something. Kalau ada pun berapa kerat sangat dan aku akan olah ikut gaya aku.

Sepanjang aku kendalikan blog yang x berapa disayangi ini, dah banyak perubahan terutama dari segi layout. Dari seburuk2 layout (yela nama pun baru explore) ke layout sekarang yang cumil (cewah!). Boleh dikatakan hampir 10 kali aku tukar layout n design blog ni.

2 comments:

aqilah's teddy house said... Reply to comment

huhu..miss ur post too...<3

mumumeow said... Reply to comment

huhu..lama sgt xupdate...baru minggu ni trbuka hati nk update setelah 8 bulan x update...
:DD

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger