Wednesday, August 15, 2012

Demi RedhaNya


Jiwa ini pernah kuat dan juga pernah lemah memperjuangkan pegangan, demi redhaNya dan juga redha Ibu Bapa

Ketika jiwa kuat, segala rintangan terasa mudah. Mungkin kerana masih tidak banyak cabaran. Terasa sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga & sahabat2 yang mempunyai satu fikrah.

Namun, ketika jiwa mulai lemah, semakin banyak pula cabaran yang mendatang. Keluarga sudah jauh dan jiwa ini perlu menghadapi pelbagai jenis ragam manusia yang aneh2 belaka. Pada saat itulah,
Hadirnya suatu cabaran yang amat besar. Sehingga mampu menggoncang hati yang utuh menjaga pegangan  hidup.Pernah jiwa tergelincir sebentar, hanya kerana lemahnya hati untuk menjaga pegangan.

Namun, atas rahmat & kasih sayang dariNya,
Hati ini mula menyedari ...antara redha atau murka dariNya
Hati ini memilih untuk kembali mendapatkan redhaNya
Perlahan2 menjauhkan diri dari cabaran itu.

Demi redhaNya,
Jiwa ini pernah berasa terasa kehilangan yang amat besar dalam hidup. Ya memang benar kata orang,
Apabila hati sudah terikat dengan sesuatu , melepaskannya adalah bukan sesuatu yang mudah.

Selama beberapa tempoh, jiwa ini menyepikan diri, 
kecewa,
putus asa,
sakit,
Meratapi sebuah kehilangan.
Demi mengejar redhaNya.

Perlahan2 jiwa ini bangkit semula,
Kekuatan dibina semakin kukuh,
Hati cuba untuk menerima hakikat,
Untuk mencapai redhaNya adalah tidak semudah yang disangka.

Seperti kisah Nabi Yusuf a.s ketika digoda Zulaikha
Kemudian memilih untuk menolak godaan tersebut,
Kemudian Nabi Yusuf dipenjarakan untuk tempoh yang lama,
Akhirnya DIA memberikan nikmat yang amat besar kepada Nabi Yusuf.
Semuanya atas dasar untuk mendapat keredhaanNya.



Pengajaran :
Biarlah kesusahan menjadi pilihan jika itu menjadi perkara yang diredhai Allah swt ,
lebih baik daripada hidup dalam kesenangan tetapi mendapat murka Allah.
Natijahnya pasti Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengan kesusahan itu,
Jika bukan di sini (dunia) mungkin di sana (akhirat) ...

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger