Tuesday, September 13, 2011

Hati


Sumber: Koleksi peribadi

Disaat cuba memberikan yang terbaik,
Semakin banyak kejian, kutukan, dan cacian yang dibalas.

Ya Allah,
Adakah ini balasan terhadap dosa-dosa yang lalu?
Atau,
Adakah ini ujian dunia yang perlu dihadapi?

Bukan ganjaran ataupun balasan yang dipinta,
Tetapi,
Sekurang-kurangnya belajarlah menghargai susah payah seseorang,
Hati hanya mampu menangis kerana kesakitan yang mendalam.

Ya Allah,
Jika ini adalah balasan kerana dosa-dosa yang lalu,
Ampunkanlah dosa-dosa tersebut.

Ya Allah,
Jika ini adalah ujian di dunia,
Tabahkanlah hati untuk menghadapi ujian ini.
Hati berkata,
“Kita selalu fikir tentang orang lain, 
tetapi adakah orang lain fikir tentang kita?”
Astargfirullah Hal Azim, tidak sepatutnya hati berkata begitu,
Tetapi hati sudah tidak tahan,
Hati semakin nekad untuk tidak memikirkan orang lain,

Hati seringkali berkata,
“Kita selalu fikir tentang orang lain, 
tetapi adakah orang lain fikir tentang kita?”

Hari demi hari berlalu,
Semakin banyak hati-hati yang lain sakit,
Kerana mulut yang terlalu pentingkan diri.

Hari demi hari berlalu,
Semakin banyak menyusahkan orang,
Kerana hati yang terlalu pentingkan diri.

Ya Allah,
Bukan niat di hati untuk melakukan sedemikian,
Tetapi,
Hati terlalu sakit dan nekad.

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger