Lepas buat beberapa kajian dari pelbagai website serta pemerhatian sendiri, aku dapati bahawa ;
Kidal terjadi apabila otak kanan seseorang lebih dominan berbanding dengan otak kirinya. Otak sebelah kanan menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini, individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi
KREATIVITI dan
SENI berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan....
Individu kidal cenderung merasa
CEMAS ataupun
MALU dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Maybe adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan. Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan(
EMOSI). Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan
Menurut kajian tidak ada sesiapa pun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan di dalam sesebuah keluarga.
Lebih ramai
LELAKI yang kidal berbanding perempuan.
Individu
ELASTIK
Individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Sebab tu la orang kidal dapat sesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Disebabkan itu juga, secara purata orang kidal mempunyai jangka hayat
9 TAHUN LEBIH PENDEK berbanding mereka yang bertangan kanan.
KEKURANGAN
Tulis dalam
BUKU TEBAL (diari, buku laporan,dan lain-lain)
Individu kidal sukar semasa menulis di bahagian kiri muka surat buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik.
KEBANYAKAN PERALATAN DIREKA KHAS UNTUK INDIVIDU BERTANGAN KANAN. Contohnya seperti gunting, senjata api, tetikus, peralatan dapur, alat muzik dan lain-lain.
Kerusi kuliah atau kerusi yang disertakan dengan meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Diorang perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar dapat menulis kat meja kecik tu. Bayangkan jika kerusi tu digunakan semasapeperiksaan, lenguh weh pelajar kidal ini untuk menjawab soalan dalam jangka masa yang panjang.
KELEBIHAN
TULISAN ARAB
• Menulis dalam tulisan Jawi/Arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
KREATIVITI
• Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
KAMERA
• Bentuk kamera SLR yang memerlukan pengendalian kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
Salah seorang daripada individu kidal tersebut ialah penulis blog yang digelar
MUMUMEOW,hehe
(ceit, angkat bakul sendiri lak aku ni....huhu)
Ulasan Aku:
- Aku x reti melukis @ mewarna tapi aku suka sangat dengar lagu and siap analisis lagu tu.
- Memang tak dinafikan aku ni cepat berasa cemas and gelabah
- Elastik tu ...no komen la...maybe kot, tapi memang tak dinafikan aku cepat lenguh kalau menulis kt kerusi yang ada meja kecik tu.
- Aku memang nyampah kalau tulis kat buku tebal (berdasarkan fakta diatas tadi ye). Maybe sebab tula aku lebih suka tulis kat buku yang nipis, tak pun kertas kajang pun jadi la.
- Aku senang untuk tulis tulisan arab/jawi walaupun tulisan jawi aku takla cantik sangat
- Aku suka amik gambar walaupun ngan henpon ;D . Cepat teruja tengok kamera DSLR walaupun x reti guna. Suka main setting2 kt kamera tu. Azam aku, suatu hari nanti aku mesti memiliki kamera DSLR, cuma cepat atau lambat jer.
- Paling penting, aku boleh makan (biskut terutamanya) pakai tangan kanan sambil studi and menulis pakai tangan kiri....hehe..makan jer keje
p/s: ada geng? sila angkat tangan!!!! hehehe