Monday, November 8, 2010

Renungan: Skrip Berulang




Walaupun kepala serabut nk exam, tapi sempat lagi nak conteng2 kt blog yang x berapa disayangi ni. Ok lah, straight to the point.

Untuk siapa2 yang nak jadi 'pelakon' terkenal. Mungkin ada di antara kita yang terlibat dalam skrip ni cuma tak sedar jer.....
Skrip ini memerlukan seorang pelakon lelaki dan seorang pelakon perempuan...

  1. Berkenalan.
  2. Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya.
  3. Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki.
  4. Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan.
  5. Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.
  6. Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.
  7. Akhirnya layu... dan pergilah ke babak yang seterusnya. (sumber)

Adakah anda pelakon yang seringkali melakonkan skrip di atas?Harap xde yang dah sampai step-7. Jika tak sampai lagi step ke-7 tu harap letak jawatan dari jadi pelakon cerite ni la ye.

Senang sahaja skrip cinta masyarakat sekarang.Skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.

Haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti ini? Adakah semudah itu untuk mencairkan hati seorang wanita. Cukup sekadar ayat power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa. Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki.

Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan ditipu. Oleh sebab itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita ini cukup penting untuk disentuh. kerana disini letak titik jatuh bangun ummah.

Sekali lagi persoalan yang ingin ditanya kepada semua pembaca..

Adakah anda pelakon yang seringkali melakonkan skrip di atas?

3 comments:

Qurratu Aini said... Reply to comment

huhu,,ayat xble bla...untuk disembelih ea mu,,,

mumumeow said... Reply to comment

huhu..klu ayat formal sgt org boring nk bce...

pN.rOs said... Reply to comment

oh noo no...
tak bleh belakon camtu...
i vrhak pilih skrip tau....
ni sepatutnya 'pelakon' yang tahu maruah diri kena cakap

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger