Wednesday, November 3, 2010

My Memories


Tadi masa duk usha2 file kat laptop ni, aku terjumpe gambar yang sangat2 berharga dalam hidup aku,


 Kenapa aku rasa gambar ni sangat2 berharga?


Gambar ni diambil sehari sebelum abah meninggal dunia. Tak terfikir esoknya abah pergi meninggalkan kami buat selama2nya. Dan photographer gambar ni (adik bongsu aku) pun tak tujukan kamera dia kat abah time tu. Ini satu2nya gambar terakhir abah. Gambar abah dalam koleksi famili pun  x banyak sangat sebab abah la photographer famili ktorang. Rasa cam menyesal pula x amik gambar abah banyak2. Tapi past is past. =)


Apa Yang Berlaku Masa Tu?


Dipendekkan cerita, awal2 pagi tu abah pitam. Kalau x salah dalam pukul 3@4 pagi. Ktorang sefamili panik. Kondisi abah lemah sangat2 time ni. Umi suruh ktorang adik beradik minta maaf kat abah. Masa tu jugak la untuk kali PERTAMA dan TERAKHIR dalam hidup aku cakap kat abah,

"Sayang Abah"

Dalam jam 8@9 pagi makcik and sepupu aku dari KL sampai JB semata-mata nak tgk abah. Ktorang decide untuk hantar abah pi klinik UTM untuk drip. Masa ni la adik aku snap gambar ni. Alhamdulillah, lepas drip, abah nampak ok and cergas cket. Tapi malam tu abah pitam lagi.

Esoknya, famili ktorang decide untuk bawak abah balik Kelantan. Dipendekkan cerita, sebelum sampai Kelantan, ktorang singgah KL kt rumah makcik aku. Cadangnya nak tido kat umah makcik dulu dan sambung perjalanan esoknya. Tapi abah meninggal kat rumah dia pada waktu magrib.

p/s: miss him

7 comments:

بنت راحانا said... Reply to comment

miss my abah too..
smoga ALLAH tempatkan arwah Mohamad Ramli dan Mohktar Mohed di tempat org2 yg beriman..di tempat org2 yg dikasihi olehNYA..amin..

mumumeow said... Reply to comment

=)
amin....

Fiqah Alias said... Reply to comment

korg2...huhu...cheers up! mari sme2 kte doakn mereka agr dipermudahkn urusan disana...amiin..insyaallah...

Liquid said... Reply to comment

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah buat abah awak...

♥ kyu said... Reply to comment

T_T smoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin

mumumeow said... Reply to comment

amin,.....

puterapescado said... Reply to comment

sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat merekay g telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya...

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger