Soalan yang aku pernah tertanya-tanya– adakah makanan mempengaruhi tingkah laku/perangai seseorang? Betul ke orang yang suka makanan pedas ni jenis cakap lepas? Betul ke kalau suka makan makanan yang manis perangai dia lembut dan manis?
Maybe ada betulnya. Sejak aku further studi kat Kedah ni, macam2 perangai yang aku perhatikan sebab student dari pelbagai negeri. Berdasarkan pemerhatian aku:
PEDAS - Selatan
Masa tinggal kat Johor dulu, kawan2 suka sangat makan pedas. Kalau boleh sambal tu nak penuhkan satu pinggan agaknya. Sampai ada sorang kawan tu pernah cakap kalau tak makan pedas tu bukan Melayu. Tapi aku kurang makan pedas. Sikit2 tu boleh la, sekadar penyedap rasa makanan.Makan pedas sikit terus berapi mulut dibuatnya, muka aku dengan tiba2 blushing2 tanpa perlu memakai blusher yang mahal2 kat farmasi. Aku ni nama jer duduk Johor, tapi keKelantanan aku terserlah dari segi pemakanan walaupun x reti kecek Kelate.
Aku perhatikan percakapan orang Johor ni bolah tahan la pedas dan main lepas cakap . Diorang bukannya ada niat pun. Cakap biasa jer tapi kalau orang negeri lain dengar maybe diorang akan kecil hati. Pastu , yang aku perasan, diorang ni memiliki keegoan yang agak tinggi. Ni belum lagi negeri yang lebih pedas makanannya dari Johor macam Negeri Sembilan and Melaka.
Asam pedas Johor
Nostalgia aku kat dewan makan SMKAJB
Pedas sangat2, masih terasa berapi mulut ni.
MANIS - Pantai Timur
Disebabkan family aku sememangnya orang Kelantan, jadi makanan family aku biasa sangat manis2 ni. Kalau masak kari atau gulai pun mesti nak masukkan gula. Kalau orang Johor tengok, diorang akan berasa pelik agaknya. Tapi sometimes aku x tahan gak manis Kelantan ni. Boleh dapat diabetis agaknya kalau selalu makan.
Aku perhatikan orang Kelantan ni manis2 and lembut jer perangai. Kalau marah pun tu dikira lembut pada orang negeri lain. Walaupun masakan Kelantan ni x pedas, kalau ada pun cili api sikit jer. Tapi kalau tergigit cili api sikit, Perghhhhh…berasap….So betul la daripade aku perhatikan, orang kelantan ni manis berkata2,tapi dalam manis berbisa. Bisa tu pedas gile. Bagus jugak la, at least menegur dengan berhikmah kan.
Budu pun diorang letak cili api
MACAM-MACAM (??) – Utara
Dah setahun lebih aku studi kat Kedah ni, aku still tak dapat detect orang Kedah ni suka makan masakan yang macam mana. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, makanan kat Kedah ni macam2 ada. Manis ada, pedas pun ada. Tapi tak la semanis Kelantan and tak la sepedas Johor. Seimbang.
Lohgat Utara dengar jer kasar , tapi sebenarnya diorang cakap lembut. Siapa yang x kenal maybe diorang ingat ingat Kedah ni kasar. Terus terang cakap, aku awal2 kat Kedah ni cepat kecik hati and susah nak terima kalau orang Kedah cakap ngan aku (lagi2 kalau lelaki). Yela, bayangkan, aku dulu anggap perkataan ‘hang’ @ ‘ang’ dikira kasar and kurang ajar sangat2. Tapi bila dah lama duduk kat sini, persepsi tu hilang sedikit demi sedikit. Diorang cakap secara lembut tapi bahasa jer yang kasar.
Tak tau nak letak contoh ape masakan utara
Laksa Penang pun jadi la.
Tak pedas and tak manis sangat
So, apa pandangan korang? Setuju @ Tidak?
p/s: Entri ini bukan bertujuan untuk mengecilkan hati mana2 pihak .Ini hanyalah pendapat dan pandangan dari insan yang lemah . Sekadar hasil pemerhatian aku. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan. Peace …Meowwww =3